Jumaat, 10 Disember 2010

Pengalaman yang Saya tidak Boleh Lupakan( karangan budak darjah 3 )

Hahahaha.. belom bace kite gelak dulu.. sebab ape? sebab cite nie kelakar.. bace jangan xbace..

Pagi itu pagi minggu.Cuaca sungguh sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.Pagi itu sya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. selepas itu mak sya mengajak sya menemaninya ke pasar.

tetapi saya tidak mahu.selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer nak sampai ke pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya.Emak saya tercampak ke dalam gaung.dia menjerit "ADOI!".

Lepas itu mak saya naik semula dan mengejar lori tersebut.saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.pemandu lori itu nampak kami mengejarnya.dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu.lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lal bertembung dengan sebuah feri.

feri itu terbelah dua.penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.pemandu feri itu sangat marah.dia pon bertukar menjadi ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia.lori itu bertukar menjadi transfomer.mereka bergaduh di udara.Emak saya tidak puas hati.dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting highland dan terus ke tempat kemalangan.

dia melanggar pemandu feri itu yang telah bertukar menjadi ultraman.pemandu lori itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalan raya.pamandu lori sangat takut malihat kejadian itu.dia meminta maaf dari emak saya.dia menghulurkan tangan ingin bersalam.tetapi emak saya masih marah.dia menyendengkan helikopternya dan mengeerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter.pemandu lori itu menjerit "ADOI!" dan jatuh ke bumi.

emak sya menghantar helikopter itu ke genting highlands.bila dia balik ke tempat kejadian,di memukul pemandu lori itu dengan beg tangan sambil memarahi pemandu lori itu dalam bahasa inggeris.pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak sya cakap orang putih.lalu pemandu lori itu mati.tidak lama kemudian kereta polis pun sampai.dia membuat laporan ke ibu pejabat polis itu tantang kejadian itu.semua anggota polis kat pejabat polis terkejut lalu mati.orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara.orang ramai terperanjat dan semuanya mati.selepas itu emak mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. di pasar,emak menceritakan kejadian itu kepada penjual daging.penjual daging dan pendengar-pendengar yang berhampiran semua terperanjat dan mati.saya dan emak saya terus berlari an balik ke rumah.kerana terlalu penat sebaik sahaja sampai kerumah kami pun mati.itulah pengalaman paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati..

*HAHAHA.. SANAD MEREPEK WOO..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan