Isnin, 13 Disember 2010

Angin.. Air.. tanah.. api..

ANGIN..

Angin yang bertiup dapat kurasakan begitu pekat
Udaranya terasa kering dan likat
Berputar-putar apabila bertembung dengan angin laut
Mungkin bercampur dan bergumpal dengan angin tanah besar
Sesekali basah dan lembap
Kemudian kering melintasi laut dan bersatu dengan angin pulau
Berlangkisau di atas bukit tinggi lalu menerjah awan
Cubalah menghirupudara yang kadangkala bertukar menjadi angin,terasa sukar
Sebak di dada
Angin yang berlangkisau bagaikan payah untuk membawa sengsara orang pulau agar menjauh
Menghilangkan resah,mimpi dan igauan
Atau paling tidak angin,engkau bawa harapan orang pulau ini yang telah lama terkepung oleh sengsara

AIR..

Dapatkah kau pisahkan perasaan manusia di saat manusia memerlukan antara satu sama lain
Ketika manusia bergelut di pintu kematian
Air usahlah kau pusarkan hidup manusia sebagaimana kau pusarkan diri kau
Biarlah harapan kami menjadi ribuan buih yang terapung dan mencari daratan untuk merealisasikan kehendak kami

TANAH..

Adakah ia memberi manusia harapan
adakah harapan itu menjadi kenyataan atau sebaliknya
biarlah di sini dapat dikumpulkan semula buih-buih harapan yang telah berkecai
lau di sinilah tumbuh kehidupan manusia

API..

Bergelojak tanpa belas kasihan
tanpa memilah siapakah yang bakal menjadi mangsa
menjilat lalu membakar rentung jiwa batiniah manusia hingga menjadikan manusia kaku tanpa gerak
Namun di dalam kosong itu masih terdapat insan kecil yang berusaha membina satu kehidupan baru walaupun umpama membina rama-rama kertas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan